Welcome Back..
Salam Tahun Baru 2012...
salam..
hmm...dh lama x update blog nie...dh hmpir 2 tahun..ingtkan dh tkubur tp msih setia mnanti tuan empunyer mmberi sntuhan baru...sori bukan merajuk dan bukan gak dah x suka tp...masa dan peluang jer yg selalu mnjadi halangan...insyaallah...tahun baru nie sy harap dapat mmbahagikan masa dengan sempurna untuk mngisi kekosongan blog ini...INSYAALLAH..
Tinggal bberapa jam lg...kita nk mngucapkan selamat tnggal kpd 2011....
namun begitu...kita jangan tlalu gembira untk mnyambut kedatangan 2012...di sebalik pemergian 2011 tentu bnyak kngan pahit dan manis yang boleh kita jdikan ingatan dan smpadan...insyaallah apa yg blaku di 2011 diharapkan mmbawa hikmah kpd kita smoga kita mnjadi lbih matang dan bijak untuk mnilai sesuatu keadaan...
Selamat datang 2012...
Sememangnya kedatangan tahun baru amat sinonim dgn azam baru...ada mereka yg gembira kerana azam tahun lps dah tcapai..dan x kurang gak yg kecewa bila azam tahun lps tdak terlaksana...jangan risau dan jangan lah berdukacita...bagi azam yg belum tcapai bleh 'frwrd' utk tahun dpn...cuma gandakan usaha bg mngapai azam dan impian anda...insyaallah..
dn bg sy...tahun 2012 mrupakan tahun bmulanya era generasi yg baru...aduyai smoga Allah mmpermudahkan dan mmberkati segala urusanku...^_^
Sayonara 2009...
2009..
pergi mu x kan kembali...
kenangan bersama mu akan terus dirindui..
hilang mu x mungkin diganti..
segala ingatan sentiasa tersemat di hati..
2009..
ada hempedu dan ada gak madu..
tp jangan biarkan pahit
hempedu..
menghilangkan kemanisan madu..
biar manisnya madu menjadi penawar
hempedu..
2009..
ketika dikau melabuhkan jendela..
saat itu merubah segalanya..
yang kecil menganjak ke remaja..
yang remaja terasa muda..
yang muda smakin tua..
yang tua terus alpa..
2009..
kau bagaikan sebahagian lukisan kehidupan..
warna-warni mu menjadi hiasan..
kekal di hati setiap insan..
apa yang baik dijadikan teladan..
biarkan yang buruk menjadi sempadan..
Sayonara 2009..
terima kasih di atas segala kenangan..
semoga kekal mnjadi ingatan sepanjang zaman..
Engagement Day..
Rahsia Pertunangan..
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.
Itu lah sedikit tentang adat pertunangan masyarakat melayu..
Namun...
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.
Hmm...nape tba2 post pasal pertunangan nie ek??..hehhhe..sebenarnya nk ucap tahniah untuk may dear besfren Cikgu Roseliana dan tunangannyer En.Anusi(kwn2 pn x knal lg nie..hikhik)..di atas pertunangan mereka...semoga ikatan yang dibina akan kekal ke jinjang pelamin..
To my dear besfren...Roseliana Bt Rusli
U look like a princess on ur engagement day..
Tahniah..ku doakan smoga kebahagiaan sentiasa bersama kau dan dia...
Pengawas SPM'09 : Day 1 (18 Nov 2009)
Salam...
Hari pertama dn nie kali pertama kna jaga exam SPM di SMK Teknik Brash..kod pusat AC172..
Dah lah t'lmbat bgn..kunci jam tp jam x bbunyi..huhuhu..nasib baik lah terjaga sbb kakak sblh umah nie panaskan keta dia..huhuhu...kalut2 iron baju+mandi..x smpat sarapan pn..drive through bli kuih kt gerai Kak Sal jer..hehheh..moral of the story,iron baju siap2..kalo bgn lmbat pn xlah kelam kabut sngt..huhuhu
Smpai d SMTI kul 7.20am..xlah jauh sngt dr umah..calon2 dh ada d luar dewan..pengawas2 lain pn dh smpai..huhuhu..tp nsib baik kertas belum diedarkan lg..Pg nie paper pertama ialah...Bahasa Melayu 1 : 2 jam 15 minit (8.00 - 10.15).. Format peperiksaan skrng dh jauh bbeza dr masa aku peksa dulu (10 tahun lps ye..hikhik)..
Hmm..mmg mmboringkan lah jaga exam nie..dh lah bekalan gula2 xde lg lah bertambah ngntuk..huhuhu.. nk hilangkan boring aku tawaf je lah dewan tue..huhuhu..tp nsib baik calon2 kt sek nie baik2..so, x bnyak karenah ler..hikhik
Lps paper kedua Sejarah 1 : 1 jam (11.00 - 12.00), aku kuar makan kt GM..dh janji ngn amy nk kt makan kt sana..amy pn kna jaga exam gak..huhuhuhu..kul 1.30 masuk dewan peperiksaan lak..
Paper last utk hr nie ialah...Bahasa Melayu 2 : 2 jam 30 minit (2.00 - 4.30)
adoiii...paper nie lah yg plg boring...dh lah tgahari..pastu ngntuk sngt2..calon pn ada yg tersengguk2..apatah lg pengawas yg duduk x buat apa nie..huhuhuh..
k lah..gud luck to all candidates SPM'09..hopefully all of u get ur flying colours..!! =)
Labels: SPM'09
Pencarian Hidup...
Rumput & Kasih Sayang…
Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya kepada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih & sayang secara am.
Dialog antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, bagaimana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Bagaimana juga kasih sayang itu hendak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Em, baiklah. Sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut saja ya. Mungkin kamu akan dapat jawapannya nanti.
Pelajar : Baiklah. Apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ & sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut & selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Okey. Saya pergi sekarang & buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada satu pun rumput yang berada ditangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh! Tadi saya berjalan di atas rumput & sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik & baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, Maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus & ikhlas. Terimalah dia seadanya..
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki. Jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Projek Jahat ke-2 : Teluk Senangin..huhu
salam..nie nk citer sket pasal picnic kitaorg yg kali ke-2.. Buat pngetahuan smua Mr.Rizal lah yg mnjadi kepala pengat a.k.a pengarah projek jahat nie..hikhik
lps makan2..kitaorng teruskan agenda seterusnya ngn main2 air..tp dr main2 air ada ler yg nk kna rotan sbb terjun dlm laut..huhuh..tp x kisah lah smua dh besar..pndai2 la korang nk hidup..huhuhu
Hmm..lps dh penat main2 air..tba lah masa kemas2 barang nk balik dah.. Amy tpaksa chow dulu sbb nk hntar erul naik bas kul 6... Wndi ngn farah lak "tpaksa" gak blk awl...hikhikTp xpe lah...sekurang2nya smua dh berkumpul sama2 utk jayakan projek jahat yang x brapa nk berjaya nie..hikhik..sebelum blk Ipoh, kitaorng jln2 amik gambar kt lumut..pastu drive through kt Teluk Batik..org ramai gak..
Hmm..last station singgah kg Naufal..kitaorng kait buah rambutan..Rizal pnjat pokok tue..dpat seguni..kalo g jual tue bleh lah makan pizza lak mlm tue..hikhik
Anyway..memori kt Teluk Senangin akan kekal sokmo..smoga angin di Teluk Senangin dpt mniup bunga2 cinta kt pasangan kawan kita tue..hikhik..korang faham2 sendiri lah ek!..huhuhu
Last but not least..diharapkan projek jahat nie ada smbungannye...smoga persahabatan yang dibina semakin kukuh dan ingatan yang semakin teguh!!
LUV u ALL!! mmmmuuahh
Sekian...hikhik
Labels: Projek Jahat..hikhik