Pencarian Hidup...



Rumput & Kasih Sayang…

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya kepada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih & sayang secara am.

Dialog antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Bagaimana juga kasih sayang itu hendak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Em, baiklah. Sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut saja ya. Mungkin kamu akan dapat jawapannya nanti.

Pelajar : Baiklah. Apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ & sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut & selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Okey. Saya pergi sekarang & buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada satu pun rumput yang berada ditangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh! Tadi saya berjalan di atas rumput & sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik & baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, Maka barulah kita mulakan sekali lagi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus & ikhlas. Terimalah dia seadanya..

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki. Jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

tuan Empunyer Blog

tuan Empunyer Blog

.:About Me:.

assalamualaikum.. Tima kasih lah kerana sudi mengunjungi blog yang x seberapa nie.. Dulu mmg x suka ngan blog2 nie..tapi skrang nie dah suka dah.. bak kata orang2 tua..tak kenal maka tak suka..hehhe Tuan empunya blog nie berasal dari Negeri Serendah Sekebun Bunga...Kelantan Darul Naim.. Diputerikan pada hari Jumaat 8 Syawal 1402 Seorang yang simple... Sentiasa berdoa dan mnanti impian menjadi kenyataan..insyaallah..

Followers

hartiniCorner


ShoutMix chat widget