.:Istimewanya REJAB:.


Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.



Rejab merupakan bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.

InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.. =)

Permulaan yg baru...

Salam....walaupun dalam sibuk-sibuk...berjaya gak ler saya create blog nie..sajer jer nk berkongsi cerita dan pengalaman serta pengetahuan.. For Adik Jah..thnks for ur support..

Search This Blog

tuan Empunyer Blog

tuan Empunyer Blog

.:About Me:.

assalamualaikum.. Tima kasih lah kerana sudi mengunjungi blog yang x seberapa nie.. Dulu mmg x suka ngan blog2 nie..tapi skrang nie dah suka dah.. bak kata orang2 tua..tak kenal maka tak suka..hehhe Tuan empunya blog nie berasal dari Negeri Serendah Sekebun Bunga...Kelantan Darul Naim.. Diputerikan pada hari Jumaat 8 Syawal 1402 Seorang yang simple... Sentiasa berdoa dan mnanti impian menjadi kenyataan..insyaallah..

Followers

hartiniCorner


ShoutMix chat widget