Sayonara 2009...

Salam...

Tinggal beberapa hari lagi kita akan mngucapkan selamat tinggal kepada 2009.. dan sepanjang bersamanya mungkin banyak peristiwa pahit dan manis yang dilalui..

2009..
pergi mu x kan kembali...
kenangan bersama mu akan terus dirindui..
hilang mu x mungkin diganti..
segala ingatan sentiasa tersemat di hati..

2009..
ada hempedu dan ada gak madu..
tp jangan biarkan pahit
hempedu..
menghilangkan kemanisan madu..
biar manisnya madu menjadi penawar
hempedu..

2009..
ketika dikau melabuhkan jendela..
saat itu merubah segalanya..
yang kecil menganjak ke remaja..
yang remaja terasa muda..
yang muda smakin tua..
yang tua terus alpa..

2009..
kau bagaikan sebahagian lukisan kehidupan..
warna-warni mu menjadi hiasan..
kekal di hati setiap insan..
apa yang baik dijadikan teladan..
biarkan yang buruk menjadi sempadan..

Sayonara 2009..
terima kasih di atas segala kenangan..
semoga kekal mnjadi ingatan sepanjang zaman..





Engagement Day..

Rahsia Pertunangan..





Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.


Itu lah sedikit tentang adat pertunangan masyarakat melayu..


Namun...

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.


Hmm...nape tba2 post pasal pertunangan nie ek??..hehhhe..sebenarnya nk ucap tahniah untuk may dear besfren Cikgu Roseliana dan tunangannyer En.Anusi(kwn2 pn x knal lg nie..hikhik)..di atas pertunangan mereka...semoga ikatan yang dibina akan kekal ke jinjang pelamin..

To my dear besfren...Roseliana Bt Rusli

U look like a princess on ur engagement day..

Tahniah..ku doakan smoga kebahagiaan sentiasa bersama kau dan dia...

Search This Blog

tuan Empunyer Blog

tuan Empunyer Blog

.:About Me:.

assalamualaikum.. Tima kasih lah kerana sudi mengunjungi blog yang x seberapa nie.. Dulu mmg x suka ngan blog2 nie..tapi skrang nie dah suka dah.. bak kata orang2 tua..tak kenal maka tak suka..hehhe Tuan empunya blog nie berasal dari Negeri Serendah Sekebun Bunga...Kelantan Darul Naim.. Diputerikan pada hari Jumaat 8 Syawal 1402 Seorang yang simple... Sentiasa berdoa dan mnanti impian menjadi kenyataan..insyaallah..

Followers

hartiniCorner


ShoutMix chat widget